CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Marin Kolagen Murah & Tulen Dari Sabah




KAMI MENJUAL RUMPAI KERING 
(MARIN KOLAGEN) 
YANG MURAH 
&
DIDATANGKAN DARI SABAH

Gred AA (Kuning) :

1Kg = RM 29.00
500 gm = RM 17.00

Gred AAA (Ungu) :

1Kg = RM 34.00 
500 gm = RM 20.00

Pos ke Semenanjung Malaysia = RM 7.00
Pos Sekitar Sabah/Perkhidmatan Bas Ekspress = RM 5.00


APA ITU KOLAGEN?
 Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dlm badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% drp keseluruhan protein dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yg memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Kolagen disusun 3 rantai polipetida (monomer protein) yg terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilhan gan da tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunya panjang asid amino sebanyak 1,000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada korne, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu serta organ seperti buah pinggang, jantung dan sistem limfatik.

KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada.Jad, semakin tua semakin berkurangan kolagen dalam badan. Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan utk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoprosis, arterioclerosis selain utk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN
Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
Memelihara kelembapan kulit
Menyokong baik pulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
Menguatkan otot dan tulang
Membantu hati dlm proses detoksifikasi (buang toksin)
Memelihara kelenturan sendi
Mengurangkan keradangan (inflammation)
Memberi tenaga
Membantu pola tidur
Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protein pada saraf


Bunga Telur


SELAMAT PENGANTIN BARU ~

Dibuka Utk Tempahan 
Boleh request warna bunga!

 Bunga Telur Emo Style
(RM1.00)

Bunga Sahaja
(RM 0.40 Sen)

Bunga Telur Violet Style
(RM0.40)
P/S: Tucing x termasuk ya. Sekadar model shj hoho

Minyak Kelapa Dara (VCO)


Saya sekarang sedang menggunakan produk ini sejak hujung bulan 9 hr tu, sudah 12 hari berlalu. Perubahan yg ketara mata saya yang sangat la panda semakin berkurangan. 
Stokis bagitau kesan pemakanan produk ini kepada pelanggan tidak sama. Ada yg akan timbul banyak jerawat pd wajah, tapi setakat ini saya tidak mengalami semua tu, Alhamdulillah..
Sebelum ni juga setiap bulan saya akan kena selesma yg teruk dan batuk berkahak yg lambat surut, lagi2 saya ni senang berjangkit selesma dgn org lain. Tapi setelah penggunaan produk ni mcm susah pla dpt selesma, baru2 ni balik kmpung mak, adik & kakak semua tengah selesma tapi saya tidak mendapat jangkitan selesma dari derang hihi..antibodi tahan la pla. 
Suami saya juga makan produk ni, huhu yg bestnya malam2 saya sungguh damai tanpa dengkuran sang suami (hihi sorry suamiku..). Untuk pengetahuan suami saya selalu terkena demam tonsil yg teruk dan tonsil tu msh ada pada tekak suami, sebab tu klu tidur mmg kuat berdengkur. Tapi setelah penggunaan produk ni, dengkur suami sudah semakin perlahan hihi..
Mula2 penggunaan juga menyebabkan saya & suami mengalami pembuangan air besar yg luarbiasa, itulah proses pmbuangan toksin dalam badan, xperlu ditakuti hoho.. Rasa ringan bila dah melabur byk2 hoho..
Apa yg pasti saya percaya dgn produk ini dan akan menggunakannya secara berterusan.
Kawan2 pun cubalah!
^_~





Petua Pa & Ma


Jika Disengat Lipan


Jika anda disengat lipan, kikiskan tangkai labu sehingga dapat serbuknya. Campurkan serbuk itu dengan air dan tampalkan bahagian terkena bisa lipan tersebut. Kesakitan akan berkurangan dan bisa akan hilang.



Sakit Gastrik


Jika anda merupakan penghidap tegar gastrik, ubatinya dengan seketul kunyit hidup. Bersihkan kunyit dan parutkannya. Campurkan dengan sedikit air masak. Tapiskan dan ambil airnya. Masukkan sedikit madu dan sebiji telur kuning. Minum campuran ini apabila terasa gastrik mula menyerang.

Kerinduan~


Selipar ditinggalkan, tuannya memetik sayur dalam kolam


Air pasang dalam, surut pukul 5
Nyonya bangun pagi siram pokok sawit..aik?


Mama petik sayur kangkung sempat say Hi..


Bapa cuba try test merempit di laman rumah hoho

~Pokok Manik Hiasan~





Cara Untuk Kesan Kamera CCTV Tersembunyi (Khas utk Wanita)


Untuk pengetahuan baru-baru ini ada berlaku di sekolah luar bandar ni, seorang cikgu lelaki telah kedapatan memasang kamera kecil di tandas kantin sekolah. ermm sungguh tidak bertamadun cikgu lelaki itu. Cikgu-cikgu wanita ni syak aktiviti itu telah lama dijalankan.  Hope semua kawan-kawan perempuan saya lebih berhati-hati ya. Ok ini adalah cara-caranya ~

~ Sebelum masuk tandas sila bawa handphone yang ada aplikasi bluetooth

~ Turn ON bluetooth & search devices yang ada

~ Sekiranya jumpa devices yang namanya "WDX 2201, CAM 122" atau apa-apa yg rasa sangat pelik bunyinya sebaiknya batalkan hajat anda tu sebab kemungkinan besar terdapat wireless CCTV.

** Kenapa mesti kesan guna bluetooth handphone?
- Sebab CCTV yg dipasang ialah jenis tanpa wayar, yg digunakan secara bluetooth seperti kes Nasha Aziz dulu tu.




{Sakit Itu Penyembuh Luka}

"Tidaklah ALLAH SWT menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya."

Penyakit yang diderita seorang hamba menjadi sebab diampuni dosa yang telah dilakukannya termasuk dosa-dosa setiap anggota tubuhnya, Rasulullah SAW bersabda :

"Setiap getaran pembuluh darah dan mata adalah kerana dosa. Sedangkan yang dihilangkan Allah dari perbuatan itu lebih banyak lagi."

Sakit juga menyelamatkan insan daripada seksaan api neraka yang sungguh azab. Rasulullah SAW pernah bersabda,

"Bahawasanya sakit kerana demam itu akan menghindarkan orang Mukmin dari seksa api neraka."

Sakit membawa manusia itu mengingati ALLAH Tuhan Yang Agung lagi Maha Berkuasa.



~Hairband~











~Hidangan Linopot & Lauk Ikan Masin Masak Lada Putih~





Huh..rindu makanan ini. Inilah makanan tradisi keluarga saya dan yg sebangsa dgn saya. Best!
Hanya ada di Sabah, makanan yg berbungkus tu dikenali sebagai LINOPOT. Di dalamnya berisi nasi yang  sdh digaul bersama ubi manis/buah labu/boleh dibiar kosong.
Lauk tu campuran bwg merah, bwg putih, lada putih, ikan masin, 
kulat (selalu tumbuh pd awal pagi di batang2 pokok), campur dgn terung pun sedap..
mahu try? ^____^ v




Inilah lauk lada putih tp resepi lain lah. Yg ni campur dgn bunga kantan, 'tuhau' dan daun bawang.

Selamat Datang Ke 'Tagal" Sungai Moroli, Kg Luanti Baru Ranau Sabah~



Terletak di Kampung Luanti, Ranau, 131 kilometer dari Kota Kinabalu (2 jam dan 40 minit memandu jauhnya). Sekiranya anda bercadang untuk tinggal lebih lama, Kampung Luanti juga dilengkapi dengan program homestay untuk membuat pelawat berasa seperti di rumah setiap masa.

Siapa pernah pegi? Ikan-ikan di sini dibiarkan berenang-renang di dalam sungai dan amat jinak. Ikan-ikan ini akan menghampiri tetamu yang datang untuk menunggu tetamu berikan makanan.. Saya sendiri sudah 3 kali datang di sini. Kampung Luanti tidak la begitu jauh dengan kampung saya. Lebih kurang 20 - 30 minit sudah sampai.. Datanglah melancong di sini, best tapi sediakan wang lebih untuk mandi bersama ikan okey... Anda pasti teruja dengan kejinakan ikan ini..Selamat melancong dan saya suka melancong!! huhu..











Ini anak buah saya. Gaya dia tu mcm berani tp penakut ikan hoho


Ada mulut sembilang lagi tu..


Ni anak buah dan makciknya. Pegang tangan masuk sungai, takuuuut..



~Novel Baru Lagi~






{Adam & Hawa}
Boleh ditonton di Astro Mustika HD 134
Jam 10.00 malam
Isnin-Khamis
(Promosi hehe..)

puding caramel ~ yummy !

huhu..sedap puding ni. slalu beli time ramadhan, wajib ada msa sungkai..1st time buat menjadi jg hehe..resepi sy ambil dr http://fromintankitchen.blogspot.com/ (tQ). sedaaap sehinggakan snow white sy x duduk diam..sibuk mau join boss makan..hurrrmmm.

neW petS ~


ini c mOmo ~ digelar sebegitu krna bulunya ada tompok2 coklat spt lembu 


ini c panda ~ gelaran ini sempena bulunya seakan2 warna seekor panda..syumilll


sekarang antara mereka2 ni sdh ada 7 baby. xtau yg mna 1 ibu/bapanya

baLik kamPung dGn c SuaMi teR-LovE2 ^_^



keLas Kek ~ menJadi hasiL tunjuK ajaR kaK MyLLa ^_^




weee...akhirnya dpt jg blajar bt kek.mula2 mau buat cupcake tp x jadi.maka jadila la kek besar ni.mau jd tauke kek la pasni.cari oven besar2 bru blh jd tauke hihi..thanks kpd kak mylla atas tunjuk ajar, jasamu d kenang ^_^  ~

anTara tempaT yG menariK utK d kunjunGi


Ini adalah monumen Nunuk Ragang yang terletak di Kg Tampias kira-kira 1 jam dari pekan Ranau Sabah. Nunuk Ragang adalah nama kampung dimana orang-orang Dusun/Kadazan berasal. Nama kampung yg berasal dari 2 perkataan Dusun --> NUNUK & ARAGANG. Nunuk adalah nama tempatan utk pokok ara atau pokok ficus manakala Aragang bermakna merah..

c kuCing bernaMa sNow whiTe




nama glameres : snow white
nama x glameres : puteh
hobi : ganggu tuannya buat kerja & makan byk saaampai lebam