CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Petua Pa & Ma


Jika Disengat Lipan


Jika anda disengat lipan, kikiskan tangkai labu sehingga dapat serbuknya. Campurkan serbuk itu dengan air dan tampalkan bahagian terkena bisa lipan tersebut. Kesakitan akan berkurangan dan bisa akan hilang.



Sakit Gastrik


Jika anda merupakan penghidap tegar gastrik, ubatinya dengan seketul kunyit hidup. Bersihkan kunyit dan parutkannya. Campurkan dengan sedikit air masak. Tapiskan dan ambil airnya. Masukkan sedikit madu dan sebiji telur kuning. Minum campuran ini apabila terasa gastrik mula menyerang.

Kerinduan~


Selipar ditinggalkan, tuannya memetik sayur dalam kolam


Air pasang dalam, surut pukul 5
Nyonya bangun pagi siram pokok sawit..aik?


Mama petik sayur kangkung sempat say Hi..


Bapa cuba try test merempit di laman rumah hoho

~Pokok Manik Hiasan~





Cara Untuk Kesan Kamera CCTV Tersembunyi (Khas utk Wanita)


Untuk pengetahuan baru-baru ini ada berlaku di sekolah luar bandar ni, seorang cikgu lelaki telah kedapatan memasang kamera kecil di tandas kantin sekolah. ermm sungguh tidak bertamadun cikgu lelaki itu. Cikgu-cikgu wanita ni syak aktiviti itu telah lama dijalankan.  Hope semua kawan-kawan perempuan saya lebih berhati-hati ya. Ok ini adalah cara-caranya ~

~ Sebelum masuk tandas sila bawa handphone yang ada aplikasi bluetooth

~ Turn ON bluetooth & search devices yang ada

~ Sekiranya jumpa devices yang namanya "WDX 2201, CAM 122" atau apa-apa yg rasa sangat pelik bunyinya sebaiknya batalkan hajat anda tu sebab kemungkinan besar terdapat wireless CCTV.

** Kenapa mesti kesan guna bluetooth handphone?
- Sebab CCTV yg dipasang ialah jenis tanpa wayar, yg digunakan secara bluetooth seperti kes Nasha Aziz dulu tu.




{Sakit Itu Penyembuh Luka}

"Tidaklah ALLAH SWT menurunkan penyakit kecuali berserta dengan ubatnya."

Penyakit yang diderita seorang hamba menjadi sebab diampuni dosa yang telah dilakukannya termasuk dosa-dosa setiap anggota tubuhnya, Rasulullah SAW bersabda :

"Setiap getaran pembuluh darah dan mata adalah kerana dosa. Sedangkan yang dihilangkan Allah dari perbuatan itu lebih banyak lagi."

Sakit juga menyelamatkan insan daripada seksaan api neraka yang sungguh azab. Rasulullah SAW pernah bersabda,

"Bahawasanya sakit kerana demam itu akan menghindarkan orang Mukmin dari seksa api neraka."

Sakit membawa manusia itu mengingati ALLAH Tuhan Yang Agung lagi Maha Berkuasa.



~Hairband~











~Hidangan Linopot & Lauk Ikan Masin Masak Lada Putih~





Huh..rindu makanan ini. Inilah makanan tradisi keluarga saya dan yg sebangsa dgn saya. Best!
Hanya ada di Sabah, makanan yg berbungkus tu dikenali sebagai LINOPOT. Di dalamnya berisi nasi yang  sdh digaul bersama ubi manis/buah labu/boleh dibiar kosong.
Lauk tu campuran bwg merah, bwg putih, lada putih, ikan masin, 
kulat (selalu tumbuh pd awal pagi di batang2 pokok), campur dgn terung pun sedap..
mahu try? ^____^ v




Inilah lauk lada putih tp resepi lain lah. Yg ni campur dgn bunga kantan, 'tuhau' dan daun bawang.

Selamat Datang Ke 'Tagal" Sungai Moroli, Kg Luanti Baru Ranau Sabah~



Terletak di Kampung Luanti, Ranau, 131 kilometer dari Kota Kinabalu (2 jam dan 40 minit memandu jauhnya). Sekiranya anda bercadang untuk tinggal lebih lama, Kampung Luanti juga dilengkapi dengan program homestay untuk membuat pelawat berasa seperti di rumah setiap masa.

Siapa pernah pegi? Ikan-ikan di sini dibiarkan berenang-renang di dalam sungai dan amat jinak. Ikan-ikan ini akan menghampiri tetamu yang datang untuk menunggu tetamu berikan makanan.. Saya sendiri sudah 3 kali datang di sini. Kampung Luanti tidak la begitu jauh dengan kampung saya. Lebih kurang 20 - 30 minit sudah sampai.. Datanglah melancong di sini, best tapi sediakan wang lebih untuk mandi bersama ikan okey... Anda pasti teruja dengan kejinakan ikan ini..Selamat melancong dan saya suka melancong!! huhu..











Ini anak buah saya. Gaya dia tu mcm berani tp penakut ikan hoho


Ada mulut sembilang lagi tu..


Ni anak buah dan makciknya. Pegang tangan masuk sungai, takuuuut..



~Novel Baru Lagi~






{Adam & Hawa}
Boleh ditonton di Astro Mustika HD 134
Jam 10.00 malam
Isnin-Khamis
(Promosi hehe..)